Patient Education & Support
Dialisis adalah proses harian yang penting bagi individu yang telah kehilangan fungsi buah pinggang.
Walaupun banyak kemajuan perubatan telah dibuat dalam rawatan penyakit buah pinggang dan saluran kencing, kesan terhadap emosi berikutan kegagalan buah pinggang terhadap pesakit dan keluarga adalah besar. Banyak aktiviti dan rutin dalam kehidupan seharian perlu diubah.
Beberapa aspek penting untuk mendidik dan menyokong pesakit adalah:
- Mewujudkan kesedaran pra-dialisis (sebelum rawatan) kepada ahli keluarga dan penjaga pesakit dan pesakit
- Menyedia dan membantu pesakit memulakan program dialisis yang terancang dan berstruktur
- Mudahkan pesakit menjalani rutin rawatan dan memberikan sokongan berterusan kepada pesakit dan keluarga/penjaga/pembantu pesakit
- Koordinasi penjagaan untuk membantu pesakit menjadualkan janji temu, mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan sokongan
- Kerjasama aktif antara pakar nefrologi dan petugas penjagaan untuk menyediakan penjagaan pesakit yang holistik, termasuk pengurusan keadaan komorbid (seseorang yang memiliki dua atau lebih penyakit)
Misi dan Visi
Khidmat nasihat kepada pesakit direka untuk menyokong dan membolehkan pesakit untuk menguruskan kehidupan mereka dan mengoptimumkan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Matlamat utama ialah:
- Peningkatan pemahaman tentang keadaan perubatan, diagnosis atau ketidakupayaan.
- Memahami kaedah dan cara untuk menguruskan pelbagai aspek keadaan pesakit.
- Meningkatkan kepercayaan antara pesakit dan petugas Al Fitri melalui komunikasi yang berkesan dan jelas.
- Pemeriksaan dan pengesanan awal penyakit dan rawatan awal serta pengurusan pesakit yang proaktif tentang keadaan pesakit komorbid boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik (CKD).


