Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Pemeriksaan kesihatan yang berkala boleh mengesan keadaan kesihatan lebih awal dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan yang betul.
Semua rawatan dialisis adalah unik, mengubah kehidupan dan akan mengubah aktiviti seharian pesakit. Perubahran ini bukan sahaja berlaku dalam kehidupan pesakit – ia juga memberi kesan kepada mereka yang memberikan penjagaan dan sokongan sepanjang tempoh rawatan, terutama penjaga pesakit.
Penyakit buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila buah pinggang rosak dan tidak dapat menapis darah dengan betul. Disebabkan ini, lebihan cecair dan sisa kekal dalam darah, menyebabkan komplikasi kesihatan lanjut untuk pesakit CKD, termasuk:
- Sakit jantung
- Serangan jantung dan strok
- Tekanan darah tinggi
- Tulang rapuh
- Kerosakan saraf
- Kegagalan buah pinggang peringkat akhir (ESRD)
- Anemia/Kekurangan sel darah merah
Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan berkala boleh membantu mengenal pasti masalah kesihatan atau penyakit lebih awal. Mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pemeriksaan dan rawatan yang betul adalah langkah penting ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berpanjangan.
- Kurangkan risiko anda jatuh sakit
- Mengesan status kesihatan atau penyakit yang berpotensi mengancam nyawa lebih awal
- Meningkatkan peluang untuk rawatan dan penyembuhan
- Mengurangkan risiko komplikasi dengan memantau keadaan sedia ada dengan teliti


