Soalan Lazim
Soalan Lazim Pesakit
Pesakit boleh menempah tarikh temujanji dengan menelefon 06 685 8201 atau secara atas talian dengan mengisi borang tempahan temujanji.
Hemodialisis adalah prosedur untuk membuang bahan buangan dan cecair berlebihan daripada darah apabila buah pinggang berhenti berfungsi dengan baik.
Hemodialisis biasanya dilakukan selama 4 jam tiga kali seminggu.
Satu sesi dialisis adalah sekitar 4 jam bergantung kepada keadaan pesakit. Petugas klinikal Al Fitri akan memberi penerangan tentang semua butiran rawatan dan membimbing anda.
Kegagalan buah pinggang tidak dapat diubati. Tetapi jika anda berada di peringkat awal penyakit buah pinggang, anda mungkin boleh membuat buah pinggang anda bertahan lebih lama dengan mengambil langkah-langkah rawatan yang disarankan.
Penyakit buah pinggang sukar dikesan lebih awal kerana ramai orang tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit sehinggalah berada di peringkat akhir. Gejala penyakit adalah termasuk perubahan dalam membuang air kecil, keletihan, gatal-gatal, sakit belakang, atau bengkak di tangan atau kaki.
Soalan Am
Soalan Lazim Umum
Tidak, sesiapa sahaja pada usia apa pun boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Secara umumnya, penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang mengakibatkan risiko masalah buah pinggang menjadi lebih tinggi terutamanya dalam kalangan penduduk yang lebih tua.
Kira-kira 10 peratus pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh faktor keturunan. Penyebab utama kegagalan buah pinggang yang diketahui ialah diabetes dan tekanan darah tinggi, yang sering berlaku dalam keluarga. Penyebab paling biasa kegagalan buah pinggang yang diturunkan secara langsung daripada ibu bapa anda ialah Polycystic Kidney Disease (PKD). PKD adalah penyakit di mana sista (kantung cecair) terbentuk di buah pinggang. Apabila masa berlalu, lebih banyak sista muncul dan menjadi lebih besar, akhirnya membawa kepada kegagalan buah pinggang.
Kira-kira 10 peratus penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh masalah keturunan. Kedua-dua tekanan darah tinggi dan diabetes lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang ibu bapanya menghidap penyakit yang sama. Jika anak-anak anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi atau diabetes, mereka tidak akan mengalami peningkatan risiko.
Seseorang boleh terus hidup selama mungkin sama seperti pesakit lain yang mengalami kegagalan buah pinggang dengan syarat dia tidak mempunyai penyakit lain yang seperti penyakit kardiovaskular yang teruk. Pesakit mestilah meneruskan rawatan dialisis dan mengikut diet dan ubat-ubatan yang disyorkan.
Tidak, tetapi tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan diabetes, dan kedua-dua ini adalah punca utama kegagalan buah pinggang.
Buah pinggang tidak dapat membersihkan bahan buangan toksik daripada darah. Bahan buangan terkumpul dalam darah menyebabkan sesorang sakit. Pengumpulan bahan buangan ini dipanggil uremia.
Penyakit buah pinggang bersangkut diabetes berubah dengan perlahan dan senyap, jadi pesakit mungkin tidak merasakan sesuatu sehinggalah keadaan kesihatan semakin merosot dan menjadi lebih serius. Oleh itu, adalah penting untuk menjalani ujian darah dan air kencing bagi mengesan masalah buah pinggang sekurang-kurangnya setahun sekali. Mengekalkan tekanan darah yang normal juga adalah penting.

